Saturday 24 August 2013

Berjalan Bersama Roomate PART 2


Asslamualaikum..

berjumpa lagi kita..hehe
mood nak menghupdate telah datang..sementara mood itu masih ada dan kekal, maka eloklah cheq segerakan menghupdate, nanti risau mood itu terbang bersama kupu2 pulang malam..

ok, nama tajuk dah sah2 tulis PART 2 maknanya ini adalah sambungan pada bahagian satu entry ini..
pulangnya dari mengenyangkan perut masing2, kami singgah di tesco kerana ingin membeli roti..tapi setibanya di tesco bukan hanya roti yang dibeli, terbeli jugalah benda2 lain..jom layan gambor dulu ya tuan2 dan puan2..

ini lah c raudhah, roomate cheq dari UPM..



Ini Raudhah lagi..
Raudhah di hatiku..

Kak zah and raudhah..Kak zah dari UniKL



Setelah puas menghabiskan Ringgit Malaysia di Tesco, maka kami bertiga telah mengambil keputusan untu pulang ke rumah..namun ketika dalam perjalanan menuju ke rumah, kami telah dikejutkan dengan kerlipan lampu2 dari fun fair, maka keputusan terkejut telah dibuat..kami mengambil keputusan untuk singgah sebentar di fun fair untuk menghiburkan diri..semua perbelanjaan Rinngit Malaysia di fun fair juga telah ditaja oleh kak zah yang baik hati itu...jom layan gambar dulu..


Kanak2 riang di Fun Fair



Kanak2 riang bersemangat untuk mencuba permainan menangkap itik mati yang berenang-renang bebas di dalam air yang diisi di dalam bekas berwarna biru..huhu




percubaan menangkap itik..

Kanank2 semakin riang setelah mendapat hadiah



*ps: gambar cheq xda sebab cheq pemalu  tukang ambil gambaq..huhu..



Tersentuh hati



Tersentuh hati dengar lirik ni..bermakna sekali..

Mr. Bie punyai bakat sendiri disamping menghiburkan dapat mengisafkan serta menyedarkan..jom hayati lirik2 semua parody Mr. Bie yg cheq share ni..semoga memberi manfaat kepada semua..









Jalan2 bersama roomate PART 1

Assalamualaikum..

lama sungguhla cheq tak menghupdate belog..banyak halangan dan dugaan serta cabaran yang melanda diri ini dari menghupdate belog..hehe..sebenarnya xda masa nak menghupdate..skang curi2 masa di tengah malam yang hening ini untuk menghupdate belog yang terlampau bersawang dan berdebu ini..ok2 xmaw melalut dengan mukadimah yang panjang, cheq nak mula mengstorikan perjalanan bersama roomate pada malam ini..

ceghitanya bermula begini,

selepas waktu maghrib tadi, sementara memikirkan makanan untuk santapan pada mlm ini, tiba-tiba saya dan roomate, Raudhah namanya telah dikejutkan (kejutla sangat, hehe) oleh kedatangan jiran sebelah bilik (kak zah), yang mengofferkan dirinya untuk membelanja santapan malam kami semua..kami menerima pengoferan beliau itu sebagai satu berita yang gumbira lagi membahagiakan diri kami..tanpa membuang masa sepantas kilat, kami menukar baju dan terus menuju ke kereta..

tujuan asai kami adalah untuk mengenyangkan diri kami dengan char koteaw di sungai dua, yang lebih dikenali dikalangan kami sebagai char koteaw telur dibasuh..hehe..tapi hampanya bagi kami kerana kedai itu tertutup tidak dibuka..dengan rasa kecewa yang menghantui diri kami, kami menuju destinasi seterusnya iaitu gerai char koteaw berbaju merah..perjalanan kami berbaloi kerana harapan untuk mengenyangkan perut dengan char koteaw tercapai, malah lebih mengembirakan apabila kak zah yang baik hati sekali lagi mengoferkan dirinya untuk membelanja satay..kegembiraan bertambah kerana perut yang kenyang adalah satu perkara yang mengembirakan ditambahkan lagi semuanya adalah percuma..tapi sayangnya kerana terlampau gelojoh  lapar, cheq tak sempat nak ambil gambar..hehe..ok2, nanti next part cheq sambung lagi norh..


assalamualaikum dan selamat malam