Sunday 30 June 2013

Hari Pertama

assalamualaikum semua dan selamat pagi..

awalnya cheq menghupdatekan blog cheq ni..bukan semangat ke hapa, tapi dari semalam x boleh tdor, so, pagi2 lagi cheq dah siap..sebelum keluar berpraktikal, cheq nak la hupdate blog sat, bagi sepatah dua kata..

bukan nak kata pa pon, tapi nak habaq cakap, arini cheq first day berpraktikal..cheq berpraktikal d kulim..nama company t cheq gtaw nah..first day kena lapor diri d company tu, rasa nebes ooo..hohoooiii..
tapi nebes ke tak pon kena jalani hidup ini dengan kenyataan..hehe..hidup mesti di teruskan,,jgan mudah mengaku kalah..haha..setiap kejayaan memerlukan pengorbanan..tiba2 rasa cam cikgu dok ajaq peribahasa lak..hehe..

okla, sebelum, kelas peribahasa ini dilanjutkan lagi n anda semua akan berasa loya dan muntah2, cheq stop d cni dulu la nah..doakan semuanya berjalan dengan lancar, walaupun terpaksa menempuhi jem d pagi hari..hehe..

assalamualaikum..

Challenges or problems

assalamualaikum..

problems???
masalah???
masa belajar, masaalah sai belajar.macam-macam masalah memunculkan dirinya secara tiba-tiba, mai tak d undang..kadang-kadang terkejut bagai nak pengsan..kadang-kadang nak bernafas pon susah, dah tarik nafas, x leh nak hembus..hehe..hiperbola rugby ja ni..

selalu mengeluh, rasa nak give up sebab tak pandai nak handle..tapi ada satu petua, yang bagi cheq, cheq rasa agak berkesanla, petua ni diturunkan oleh pensyarah cheq yang juga merangkap supervisor  final year project..nama supervisor cheq yang diberi oleh kedua-dua orang tuanya adalah jualang azlan gansau, tapi skang ada pangkat, org bagi pangkat Prof Madya Dr. Jualang Azlan Gansau..dia ni steady ja,tp banyak juga membebel a.k.a nasihat yang diberi..

bila cheq mengadu banyak masalah, dia cakap, jangan anggap tu sebagai satu masalah, tapi anggap tu sebagai cabaran hidup..dia gtaw kat cheq, kalau kita anggap tu masalah, kita stress, kita tension, tapi kalau anggap tu sebagai satu cabaran, in sha allah kita boleh hadapi dan berusaha untuk hadapi and usaha lagi sampai berjaya..

betul cakap dia, bila cheq ada masalah, cheq x pikir tu sebagai masalah tapi sebagai satu cabaran n akhirnya, alhamdulillah step by step cheq dapat tanganinya walaupun kadang-kadang x berhasil TETAPI ada juga nampak hasilnya..orang cakap, jangan putus asa, hadapi cabaran, in sha allah berjaya..

selamat mencuba..gud luck..jangan tensyen2..jaga diri, hiasi peribadi.

assalamualaikum

Permulaan Yang Baru

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang baik hati dan sopan-sopan belaka..

Mukadimah membodek jer nampak..hehe..
Sebenarnya, Cheq bukan nak bodek sapa-sapa..
cheq iklas ni..
cheq cuma nak ceghita ja, yang cheq sekarang sedang melangkah ke fasa baru..
fasa apa????
bertunang???
idoklah..
berkahwin??
lagi idoklah..

sebenarnya, cheq esok dah start nak lapor diri untuk praktikal..Macam2 perasaan ada, takot, nebes, risau n macam2la..cheq takot dengan penerimaan orang di tempat praktikal esok tu..xtawla, depa leh terima cheq seadaanya ke x..cheq dah berlapang dada nak belajar ilmu baru dari depa tuhhh..harap2 depa bermurah hati la nak ajaq cheq.harap2 semuanya ok2 belaka la dak..hehe


Friday 28 June 2013

Praktikal2..

assalamualaikum semua..


seminggu x update blog..rasa sunyi semacam ja hidup aku..hehe..
bukan sengaja x maw update blog, tp cheq busy, busy sgt2..
sebab cheq dok uruskan sai praktikal cheq ni..
alhamdulillah umah sewa dah settle..
tinggai p nak duduk ja ari isnin ni..
lepas ni dah mula la start nk melangkah ke alam lain,alam berpraktikal..dah abeh dah zamaN belajar.law da jodoh, kita sambong master lak la norh..hencek master, tunggu cheq, kalua jodoh x kemana..sabaq norh..


doakan semuanya berjalan lancar..nebes lak nak berpraktikal ni..xda pengalaman lagi..huhu

Wednesday 19 June 2013

Ini Apa??

first sekali, sebelum apa2 berlaku, aku ingin merendahkan diri ini, untuk meminta maaf...aku minta maaf kerana, aku terlupa menunaikan janji aku..janji yang mna?? klu ada yg tereprasaankan sebelum ni aku da post sai satu gambar ni, n tanya apakah itu di entry INI n aku janji nak gtaw jawapannya pada next entry, tp entry dah berapa kali aku post, n aku still x gtaw jawapannya apa..skang aku akan dedahkan apakah itu sebenarnya..sebelum tu marilah kita sama2 merenung and menilik gambar ni lagi sekali..

dah tengok???
dah tilik???
dah renung???
dah dapat jawapan???
ok, aku anggap korang x dapat jawapan, pastu denggan bangganya aku nk mengumumkan jawapannya di sini..hehe..apa yg tertera pada gambar rajah di atas adalah pokok herba yang memang sangat mudah di dapati di Malaysia negara tercinta ini..pokok ini digunakan oleh golongan2 wanita untuk mempercepatkan proses bersalain, meningkatkan tenaga dan lain-lain lagi..

agak-agak korang apakah herba itu??/

oklah, mlas nak memanjangkan tulisan ini, dengan ini aku mengumumkan bahawa, gambar di atas adalah menunjukkan gambar pokok KACIP FATIMAH..kacip fatimah ini telah dikultur secara in vitro..aku menggunakan sampel ini untuk menjalankan kajian aku n menulis thesis..aku kaji tentang kepentingan antioksidan dan fitokimia yang terdapat di dalam herba ini..n thesis dah siap dibukukan, sekarang nak ulis jurnal pula..wish me luck ye kawan-kawan tersayang sekelian..


sekian n assalamualaikum..

Tuesday 18 June 2013

Jom bALIK KAMPUNG!!!

Alhamdulillah..semalama dah selesai exam..dah tiga tahun d UMS, rupanya aku.maknaya dah 3 tahun jugala aku kat sabah ni..sekarang menghitung hari nak balik untuk berpraktikal pula..tp sebelum balik tu banyak benda nak kena settlekan dulu d cni.. aku nak list perkara yg perlu d settle kan walaupun xda yg minta..aku nak list juga..guna kuasa veto..huhu..dan inilah list-listnya..


  1. pergi ambil hard covver binding thesis di kedai..
  2.  pergi dapatkan tandatangan untuk pengesahan thesis daripada dekan, penyelia dan pemeriksa.
  3. pergi serahkan borang kelulusan keluar makmal kepada pembantu makmal, pengwai sains dan ketua program.
  4. kena siapkan jurnal.
  5. settlekan sai moto sewa.
  6. check out dari hostel..
kesemua benda2 d atas nmpak ja cam mudah, mmg mudah kot, tapi da halangan d perjalanan juga..halangannya adalah seperti berikut..hehe

  1. nak pergi ambil hard cover d kedai, rasa mcm x sempat lg wat masa sekarang, sebb kena bertungkus-lumus, berhempas pulas nak wat jurnal dulu..
  2. nak dapatkan tandatangan dekan, penyelia n examiner x boleh lagi sbb hard cover thesis x ambil lagi, masa nak minta tandatangan kena tunjuk bukti skali iaitu thesis lah..hihi
  3. yang ni sulit sebb susah sgt dorang nk ada d bilik..nnt la settle sekali time ntaq thesis.
  4. yg no.4 ni la aku liat sikit..sbb first time kena wat jurnal, n masa yg diberikan teramatlah suntuk.supervisor gtaw last week n dia nak dis week sedangkan diri ini tersangatlah cbok nk edit thesis n nk study untuk final exam lagi..harap2la aku dapat siapkan sebelum balik, sbb mmg kena ntaq sebelum balik..
  5. moto nak kena ntaq balik kat tuan dia, tp selagi aku x settlekan suma keja aku cmana aku nak ntaq moto..nnt klu aku antaq xkan nk berjalan kaki uruskan semua benda..
  6. dorang (HEP) soh aku checkout pagi2 21 ni (jumaat), tp flight aku mlm..xkan aku nak lepak n membuang masa d epot kot...adoilla..hurm..
harap sangat2 semua benda dapat d settlekan dengn smooth, tanpa gangguan dari mana2..ada satu benda g aku x settle harini n saat ini, apakah itu?? pikir, punya pikir, baru aku sedar yang aku x makan lagi. n perut aku telah mnengalunkan keroncong yang sangat kuat.mlasnya nk turun beli mknann..
 SEMOGA AKU BERJAYA MENYETELKAN SEMUA BENDA SEBELUM BALIK..DOAKAN AKU..AKU NAK BALIK KAMPUNG DENGAN AMAN..HUHU..

assalamualaikum

Segmen: Mari Tambah Kenalan Blogger By MR.K

                                                segmen mari tambah kenalan blogger by mr.k
Mai cheq mai cheq mai..mai ramai2..mai kita join ramai2..lg ramai lagi meriah..lagi banyak kenalan kita kan..

aku join, sebb mmg nk tambahkan kenalan,..setakat ni follower aku baru 42 org..

jom join..

sekian



Monday 17 June 2013

last paper

last paper..genetic engineering..esok last paper n juga last exam bagi 3 tahun d UMS..hehe..tp belom ready lagi..harap2 dapatla jawab esok..

Sunday 16 June 2013

Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Mialiana.com


Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini hanya untuk hari ini sahaja, Ahad 16 Jun 2013 bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malamMia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.

tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....

Saturday 15 June 2013

Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree

Nah, baik hatinya c Nabeel Fikree nak bagi camera samsung kot..bukan calang-calang give away ni..kebetulan mmg nak cari kamera, so aku mmg nk ikotla, mna taw boleh dapat kn?? hehe..rezeki kita x taw..

jom kawan-kawan kita join giveaway ni..bukan susah pon, senang je,syarat pon sgt simple..syarat2nya adalah seperti berikut..


SYARAT - SYARATNYA :
  1. Follow blog NabeelStories.com.
  2. Buat satu entri bertajuk Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link penyertaan pada ENTRY INI sahaja.



untuk maklumat lanjut KETOKJA SINI

Membeli ke hapa ni??


hari jumaat lepas keluar menghabiskan duit..hehe..berbelanja untuk family di kg..tapi aku obses ngn brooch mutiara kat cni..almaklumlah, sabah kn terkenal dengan mutiara2nya yg cantik2..budget nak beli ckitja...tp nahhh, hambek kaw, sekali depan mata, semua budget di ketepikan..haha..perangai ni mmg boleh buat bkal mak mertua(ada ker???) boleh pengsan hari2..hehe


pilihan pertama

pilihan kedua

piihan ketiga

tambahan pilihan


sanggop dia bg 1 ja free, aku beli bnyak2..sentap kat cni.hehe.kedekut punya olang

haha..jgn terkejott..bukan 1 yg aku pilih..tapi semua aku tibai..hehe.terok sunggoh

bnyak gila aku beli, mmg x sedar diri..haha..nak jual ke apa tu?? haha.ke wat stock untuk cucu2 nanti..huhu..mmg boleh bankrap tokey sekerap kalau camni..tp beli2 brooch pon, aku still pikirkan kecantikkan muka taw,,hehe, kecihatan pon aku pk..

                             
                      rumpai laut
so, inilah yang aku beli..hehhe..aku bantai 5 kilo rumpai laut..haha..boleh tahan 7 keturunan aku campor tujuh keturunan org kg kot ni..hehe..sekian..

assalamualaikum dari anak kampung

Semangatnya Mereka...


exam dah nak habis, n dah ada pon yang habis exam..ramai dah balik umah masing2..mlm ni rumah aku, housemate cbok dah mngemas barang nak simpan di stor, sebb mlm ni last stor buka..dari petang tadi lebih kurang koy 5 dorang dah cbok mngemas n sekarang 10.15 baru siap kemas..

proses pembungkusan..hehe


proses pengemasan separuh siap

antara barang2 yang dikemas


yes!!!akhirnya dah siap..

proses pemindahan barang ke stor penyimpanan

lagi proses pemindahan barang ke stor penyimpanan

sampah yang terhasil, mmg bnyak

ini lagi sampah2 yang terhasil daripada proses pembungkusan


haha..megi???


macam pelik pula, tetiba da gambar megi kat ctu..hehe..jgn pelik, jgn hairan, megi tu bukan untuk disimpan..sebenarnya megi tu untuk di makan..hehe..megi tu adalah hasil gabungan megi2 yg ada..mcm2 perasa ada..hehe..yg penting sedap..berebut-rebut nak mkan.. done untuk mlm ni..

assalamualikum dari anak kampung



Friday 14 June 2013

Bersyukurlah..

tadi jalan2 d kk(kota kinabalu), nak beli barang ckit tok bawa balik rumah..siap2 beli barang, dah on the way nak balik tu, lapar, tp xda tempat yang memikat selera..hehe..pastu nampak satu gerai jual makanan..tertarik dengan satu jenis makanan tu, dalam tu ada nasi impit, n ada isi ayam pastu dia curah kuah ckit..xtaw nama makanan tu pa..maybe makanan tradisional org sabah kot..beli satu bungkus, nak share dua org..jln cari tempat yang sesuai nak mkn, pastu da nampak satu tempat ni aku kira ok la nak makan d ctu, n decide nk mkn ctu ja..masa buka nak mkn mknan tu, tba2 datang dua org budak, sorang tu, dah besar maybe dalam darjah 3 camtu n sorang lagi budak kecil yang dia dukung, aku agak setahunla umur dia..dia datang minta makann tu..aku baru secubit mkn nasi n kawan aku pon baru mkn ckitja..dia datang minta2..mula2 pk betol ke budak ni, ke ada sindiket ke pa.. rasa cuak pon da..pastu bila dia minta lagi, x sampai ati lak nak makan..aku ambil mknn tu n bg kt dia, dia sambar terus mkann aku tu, budak yang dia dukung tu betol2 nmpak cam lapar..pastu depa bawa maknn tu p duduk atas troli n mkn dengan lahapnya.. lg satu budak yang besar tu mcm sakitja tangan dia..cer tengok kat tangan yang dia letak di dalam baju dia tu..kesian aku tgok..time aku nak balik tu, kami lalu depan depa, n budak tu senyum kat aku..aku rasa senyum tu senyum iklas..n aku rasa puas ati..

Ada banyak benda yang aku pikir, mana pergi ibu bapa budak2 tu..dari bila budak2 u x mkn, d mna la depa tdor, d mana depa tggal..kesian rasa..and pengajaran bagi aku, klu aku rasa diri aku susah ramai lagi org yg susah..jgnlah merungut klu xdapat, mkn mkanan yg sedap sebb ramai lagi yang makan bekas mkann org lain..jgn merungut bila rumah sempit and x selesa, ramai lagi org yang x berumah..jgn merungut xda baju baru, sebb ramai yang xda baju nak pakai..bersyukurlah dengan pa yg kita ada..

assalamuaikum dari anak kampung..

Thursday 13 June 2013

APakah ini???

kali ini entrii bergmbar ja..sapa terer, cer teka apa ni??? nnt next entri sya bg taw jawapan..nk tgok ada x yg dapat teka

Thesis n paper.

Normalla sebgai student mesti kena wat thesis, nak2 g student sains..stad last year masuk makmal wat projek 1 n sambil2 wat experiment..bnyak cubaan berlaku, smapai kadang2 pk nk give up pon ada..mnagis ni selalu juga la, terutama bila wat experiment method salah..klu tido tu mmg kompem la selalu x mnnentu, pastu migrain pula mai bertemu..mmg cobaan betul..

tapi alhamdulillahla, dah sampai juga pengakhiran, walaupun x sampai lg..td jumpa supervisor ambil correction..sekali dia bg arahan soh wat paper pasai kajian aku ni lak..masa ni mmg dah aku rasa cam nk nangis ja..mna taknya, dengan exam lg, dgn nk wat thesis lg n dahla x sampai seminggu g nak balik.. tket dah booked, nk cancel bukn senang, mna da duit nak beli tket baru..tnya supervisor kenapa kena wat juga n apa alasannya..

aku: Dr. knp kena tulis paper juga?
Dr: buatjela, kalo x sya x sign thesis kamu..
Aku: tp knp Dr?
Dr: jgn tnya knp, sya mmg suka mnyusahkan kamu.
Aku: baiklah..

urm.....nmpak gayanya mmg x cukup rehat la aku, nk kena pndai bagi masa study, wat thesis n wat paper g..semoga ALLAH mmeudahkan semuanya..AMIN..

assalamualaikum dari anak kampung

Tuesday 11 June 2013

Siapakah aku????



Aku anak kampung, mmg dilahirkan di kampung dan menetap di kampung sampaila sekarang..Dibesarkan di kampung dengn sederhana..dididik dengn nilai2 hidup melayu dan dibekalkan dengan ilmu-ilmu islam.
bioteknologi's student yang bermain dengan sel.

Aku sekarang study di sabah dalam bidang bioteknologi dan merupakan pelajar tahun akhir, yang bergelumang dengan thesis dan juga final exam.. lebih kurang seminggu lagi, aku akan pulang ke kg.seminggu di kampung, aku akan berpraktikal selama 3 bulan..

ok..ni ja la pasai aku yg aku nk cta..nnt kita sambung len norh..

assalamualaikum dari anak kampung..