Tuesday 23 July 2013

AAS my new fren

assalamualaikum..

alhamdulillah, hari ni dah 13 hari kita berpuasa..tahniah la bagi yang puasa penuh, n bagi yang sengaja ponteng puasa tu..renung2kan dan selamat beramal..hidup ni singkat ja ya, so buatlah apa yang patut untuk kehidupan yang kekal nanti..ok, sebanarnya cheq bukan nak bagi tazkirah ke apa ye, ada topik lain yang cheq nak bincang kat sini..

sebenarnya ahri ni, dah masuk minggu ke 4 cheq berpraktikal..alhamdulillah, setakat ni semua berjalan lancar, tapi.....semalam iaitu hari isnin 22 julai 2013 cheq telah ditukarkan dari molecular lab, kepada lab test heavy metal..hahahaha..menggigil cheq taw x..sini memang kena terer kimia, tapi cheq basi chemistry tu ar, nak operate mesin besaq cheq xtaw..cheq diconduct oleh seorang pekerja ni yang orang panggil dia encik zali, nama penuh dia cheq xtaw sebab cheq baru ja kenai dia hari ni, walaupun sebelum ni selalu selisih and ada gak sembang tapi xpernah tanya nama dia..semalam dia x datang kerja, so sementara tu cheq sempatla belajar nak analysis food..cheq suka kerja tu, sebab banyak sampel makanan yang dapat kita analisis,macam2 jenih sampel, dari makanan ringan, minuman, sambal, beras dan macam2 lagi..and dari pa yang cheq taw dr rozmey juga antaq sampel dia d sini untuk di analisis..kelas ko jahh.ha, gtu..hehe

hari ni encik zali datang kerja, so memang ar cheq kena operate mesin ni, and kena run sampel..banyak mesin dalam lab tu yang cheq x kenal tapi hari ni baru satu mesin cheq di ajaq cara penggunaannya..sebelum ni cheq tengok ja, kali ni cheq pula kena buat..seriau takut rosakkan mesin tu ja..hehe..mahai kot, kalau rosak, xda duit nak ganti, xkan kena kawen ngn  ceo kot???haha.. ok, jom kawan2 kita berkenalan dengan mesin ni, sebenaqnya cheq google tadi nak taw cara penggunaannya dan untuk apa kegunaannnya..so, ni la hasil kerja keras cheq menggoogle dengan gigihnya tadi..hehe

ini dia biodata hencek hensem mister atomic absorption spectroscopy yang cheq copy dari wiki.hehe..makaseh hencek wiki..

Atomic absorption spectroscopy (AAS) is a spectroanalytical procedure for the quantitative determination of chemical elements employing the absorption of optical radiation (light) by free atoms in the gaseous state.
In analytical chemistry the technique is used for determining the concentration of a particular element (the analyte) in a sample to be analyzed. AAS can be used to determine over 70 different elements in solution or directly in solid samples employed in pharmacology,biophysics and toxicology research.
jom tengok lak gambaq koleksi aas dari hencek google...layan ja..



ini jala..gigih sangat la kn???hehe..

ok, assalamualaikum

Wednesday 17 July 2013

Jom BW and be my frensss..

Assalamualaikum teman2..hari ni cheq manyak sinang..sbb cheq dapat kawan baik2..so, cheq ingat nak tambah kenalan cheq lagi, so, cheq nak minta sapa2 yang nak jadi kawan cheq tu, mai tinggalkan link angpa kat ruang komen di bawah ni..boleh cheq bw and follow angpa suma..cheq memang suka BW ni..hehe..kalau angpa tinggalkan link angpa senang la cheq nak bw ni..jom ramai2 pakat tinggalkan link..boleh jadi kawan cheq nanti..cheq nak sangat2 jadi kawan angpa..in sha allah cheq akan follow angpa and selalu singgah blog angpa semua..

BERKAWANLAH DENGAN SEMUA ORANG..HEHEH..ni pepatah cheq yang xda kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati..

assalamualaikum semua..

Hati Banyak Sinang O..

assalamualaikum semua..

hai2..sikalang o, wa ada satu celita, hati wa sangat sinang o..wa rasa sangat bahagia..

sebenarnya cheq rasa hepi sangat2 dapat berpraktikal bersama2 sahabat2 yang sangat baik dan mudah mesra..walaupun kawan2 cheq dari u yang berbeza..ada dari ukm dan ada dari ump, cheq lak dari ums..
cheq ditempatkan di lab molecular bersama2 dengan dua orang student dari ukm..depa ni memang baik.happy go lucky ja, memang sinang hati berkerja ngan depa..walaupun hari2 kerja boleh dikatakan banyak dan rasa sangat penat, tapi ada ja aktiviti hiburan dari kawan-kawan..rasa bahagia ja..

mai cheq nak kenalkan dengan kawan satu lab cheq ya..mai kita usha gambaq depa..

dari kiri Aizat dan Djah
Aizat ni memang kepala ting tong..hehe..rajin menyanyi dan mngusik kawan2 dia..memang x kering gusi la kalau dengan dia ni..selalu ja ada idea dia nak sakat orang..lagi satu dia rajin menyanyi juga cheqla tukang sambung lagu dia, haha..tapi entam2 ja la..cheq bukan pandai menyayi pon..dia ni student ukm, genetik kot law x salah cheqla..kira budak terer ar dia ni..

Djah pula trademark dia "stress" dan "ngantuk" ja..di lab ngantuk., dalam keta ngantuk, tengah membeli belah ngantuk, dok makan ngantuk, sinang celita, semua tempat dia ngantuk dan semua benda dia stress..hehe..dia ni dari ums, satu u dengan cheq dan satu jurusan dengan cheq..kami bioteknologi student..hehe


ni wahidah ataupun wawa..soe gambar x kelear..hehe

wawa dari ukm juga..dia ni nampak cam pendiam tapi peramah..baik, slow and steady ja dia ni..dia budak plant biotechnology..budak pandai..rajin, memang ringan tulang dia..rasa bertuah sangat dapat satu lab dengan dia..

ok tu ja kawan lab cheq..cheq bersyukur dapat satu lab dengan depa suma..tapi depa sampai jumaat ni ja satu lab ngan cheq, next week depa kena pindah p lab culture tissue lak..ok2, jom layan lagi gambaq depa..gambaq curi tanpa kebenaran..soe aizat, djah n wawa, ambil gambar tanpa kebenaran..maap..hehe..jom layan!!!!!



ok..assalamualaikum..selamat beribadat










Sunday 14 July 2013

Saman

Assalamualaikum semua..

nak ucap bye2 kat ringgit malaysia (RM)..urm, tadi p bayar saman..bukan cheq yang kena saman tapi adaik cheq yang kena saman, tapi bukan kesalahan dia, kesalahan kawan cheq..hurm, cam complicated ja kan?? camna la boleh kena tu..jangan risau, meh cheq ceghita..siapkan diri untuk baca yer..hehe

pada suatu hari, di hari jumaat, selepas habis waktu kerja iaitu jam 5.3o cheq bertolak pulang ke kampung halaman cheq di sik..cheq praktikal di kulim hitech..oleh kerana baru pertama kali cheq nak balik kampung, cheq xtaw jalan nak balik.hehe..tapi cheq ada kawan2 yang sangat baik, yang selalu menolong cheq ketika cheq memerlukan..bagus sungguh kawan2 cheq ni..makaseh ya teman..hehe..kawan cheq yang dok labu besar tu berbesar hati nak teman cheq sampai kuala ketil..dia jadi penunjuk arah kat cheq la..sampai di kuala ketil, ada lagi sorang kawan cheq ni yang tolong ambil cheq pula..cheq bawa moto, dia mai nek keta ngan kawan dia..pastu kawan dia minta nak tolong bawakan moto cheq ni..cheq tanya dia, ada lesen ka, dia cakap ada..so, cheq bagi ja la dia bawa..x sampai 10 minit, dia kena tahan ngan abang2 jpj di bukit selambau, ghupa2nya lesen dia mati..so, dia kena saman d citu..cheq ingatkan dia ja yang kena saman..tup2 semalam kawan kol cakap adik cheq pon kena saman sebab bagi kebenaran orang xda lesen bawa motor dia. motor yang cheq guna tu, sebenarnya motor dia, nama dia..cheqxda duit g nak beli motor, maklumla x kerja lagi..baru praktikal, ngaji pon x habeh lagi...xpasai2 adik cheq kena saman sekali..abg posmen yang antar surat saman ke rumah..rasa bersalah sangat2 kat adik cheq sebb xda kena mngena tapi kena saman..kesian dia, dok saja pon kena saman..nama kesalahan tu xda CDL..cheq pon xtaw pa dia tu..

xheq pula baru dua minggu di kulim, xtaw d mana pejabat jpj, tapi nasib baikla ada roomate yang baik teman cheq p bayaq..rupa2nya dekatja jpj cni..dah setel bayar, saja bagi duit lebih kat jpj.hehe..hurm, memang lepas ni kena beringatla, yang ni jadikan pengajaran..jangan suka2 ati bagi orang yang xda lesen bawa kenderaan kita..xpasai2 ngn kita kena saman.

berhati2 di jalan raya..ingatlah yang tersayang..(Pesanan penaja)

Assalamualaikum..




Saturday 13 July 2013

Sabah dan Kedah

assalamualaikum semua..hai(angkat tangan n lambai2 dengan sopan)

alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke4 berpuasa, kejapja lagi nak berbuka..tahun ni cheq berpuasa di kedah..tahun-tahun sebelum ni berpuasa di sabah, so memang di sabah waktu sekarang dah berbuka la, awai sejam dari kedah..memang best berpuasa di sabah, sebab x rasa pon berpuasa sangat..hal ini kerana waktu berbukanya yang awal..hehe..


tetapi betullah, seperti peribahasa, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, cheq lebih suka hujan di sini..hehe..memang di sabah waktu berbuka awai, tapi cheq suka berpuasa di kedah..sebab di kedah lebih dekat dengan family, walaupun 2 jam lebih perjalanan dari rumah sewa dengan rumah, tetapi x payah nak merentasi laut, x payah beli tiket mahai2 nak balik..kalau teringin nak berbuka puasa di rumah, hujung minggu leh balik, kalau di sabah, cuti sem baru leh balik..cheq bersyukur tahun ni, berpuasa di negeri tersayang ni..alhamdulillah...

ok, jom keluar beli makanan berbuka..harap2 adala lagi makanan yer..tinggal sejam g waktu berbuka, lets go buy some foods..bye readers kental..hehe..

assalamualaikum..

Wednesday 10 July 2013

Kelebihan Bersahur

Assalamualaikum dan salam ramadhan..

angpa dah sahur ka??
x terbangun sahur???
terlajak tidor n sedar2 dah subuh???
malas nak bangun sebab xda makanan nak makan??/

bagusla kalau angpa suma dah sahur..
awat lak x terbangun sahur ni?? tido lambatka??
terlajak tidor sebab letihka??
awat lak malas nak bangun sebab xda makanan, sahur ja dengan air x pon kurma..

ni cheq nak habaq mai, angpa jgnla segan2 nak sahur..sebab sahur ni banyak kelebihannya..ni cheq senaraikan kelebihan bersahur, supaya angpa lebih bermotivasi untuk bangun sahur ya tuan2 dan puan2..
  1. Dari Anas radhi'Allahu' anhu bahawa Rasululullah s.a.w bersabda' Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.
  2. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Hendaklah kamu Bersahur kamu kerana ia adalah makanan yang berkat
  3. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Kelebihan puasa kami dan puasa ahli kitab adalah dengan adanya makan sahur.
  4. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tudir sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail – hadis dari Ibnu Abbas
  5. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: sesungguhnya Allah dan para malaikat mengirim rahmat kepada mereka yang bersahur.
  6. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur – hadis dari Ibnu Umar
  7. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur
  8. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walau pun dengan meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur.
Bukan susah pon nak bangun sahur, just bangun awal sebelum kebiasaannya..tanamkan niat di hati sebelum tidor untuk bangun bersahur, in sha allah angpa dapat bangun sahur..cheq harap dengan info yang cheq bagi ni, angpa lebih semangat untuk bangun sahur..selamat beribadat

Assalamualaikum

Tuesday 9 July 2013

Batalkah??

assalamualaikum semua..

dengan jayanya aku menghupdate entry kedua untuk hari pertama puasa..tujuan aku update ni sebenarnya nak share la sikit info yang aku taw..sebenranya korek telinga or hidung memang tak batal puasa tapi tu makruh..ok, law tak caya cer tengok yang ni

kalau tak yakin lagi baca yang ni pula yar..
semoga semua ni bermanfaat buat semua..sebab cheq dulu2 mmg ingat korek hidung or telinga akan membatalkan puasa..so, dengan info ni, cheq dah taw la..

semua readers, selamat menjalankan ibadah ya..

assalamualaikum

100 plus dan Maggie Tom Yam

assalamualaikum dan selamat berpuasa..

selamat berpuasa cheq ucapkan kepada semua muslim yang berakal dan chat sejahtera..anggaplah ini puasa terakhir untuk kita maka rebutlah peluang untuk melakukan ibadat ini dengan bersungguh-sungguh..angpa semua mesti sahor dengan family kan? mesti banyak masakkan yang sedap2..kita x serupa, cheq sahor dalam bilik sorang-sorangja, cheq sahor maggi tom yam and air 100 plus..hehe..simple ja, 5 minit dah siap masak..xda mknn yang spesel pon..tapi cheq bersyukur..cheq x kisah pon sebenarnya, sebab cheq taw ada juga yang sahor hanya minum air masak and ada juga yang xmampu nak makan apa-apa time sahor..so, alhamdulillah, cheq ada makanan untuk alas perut bagi hari ini..alhamdulillah..

sahor sorang2??? sebenarnya ni dah kali ke6 cheq x bersahor bersama family, sebelum ni cheq study d KMK (kolej Matrikulasi kedah) dan UMS (universiti malaysia sabah) dan kali ni beza cuma cheq berpuasa time praktikal, bukan time belajar..tapi betulla apa orang cakap yang pengalaman itu mematangkan usia kita..cheq x sedih pon sahor sorang2 tanpa family sebab cheq dah sabar menempuhinya sebelum ni.cewwaahhh..hehe..1st time tu sedih jugala, tapi sekarang cheq dah ok..cheq x kisahpon.. tapi bagi yang bersahor ndan berpuasa degan family tu, memang beruntungla angpa..hargailah masa yang ada ini, gunakan sebaik mungkin..hehe..sedarlah anda mempunyai sau kelebihan berbanding cheq..dan untuk yang senasib dengan cheq, harap2 anda semua mampu bersabar and hadapi dengan tenang, semua ni pengalaman, x semua orang dapat mengalami atau menghadapi situasi seperti ini.hehe..so, jangan sedih2, tabahkanlah hati ye teman-teman..

selamat berpuasa dan selamat beribadat..

assalamualaikum

Monday 8 July 2013

HAPPY dan GEMBIRA..huhu

Assalamualaikum semua..

malam ni adalah masa yang sangat indah bagi diri cheq yang kerdil ini.hehe..bukan sebab apa, cuma sebab cheq mampu meluangkan masa untuk mencoretkan sepatah dua kata di belog kesayangan cheq ni..bukan bermakna cheq tidak menghupdate entry bermakna cheq sombong or menyepikan diri..sebenarnya last week adalah minggu yang sangat sibuk..mungkin yang pernah membaca entry cheq sebelum ni taw yang cheq sebenarnya baru  melaporkan diri untuk latihan industri pada hari isnin lepas.

minggu pertama latihan industri memang sangat penat..balik kerja memang terus lena ar..x mampu dah nak wat pa..hari ni x sibuk sangat, so tak letih sangatla, so kesinambungan daripada ketidakletihan cheq tersebut maka cheq telah berjaya menghupdate belog cheq ini..yeaahhhhaaa...bangganya diri ini..hehe..tapi dalam keadaan kegembiraan ini cheq sebenarnya dalam kesakitan..hehe..tadi cheq mengalami kecederaan serta telah mendatangkan kelukaan kecil pada tangan sebelah kanan cheq ini..hanya kecederaan kecil berserta juga dengan perasaan malu kerana tadi cheq telah terjatuh dihadapan rakan praktikal dan juga research assistant di ladang..hehe..memang memalukan..tapi cheq telah cuba mengkoverkan perasaan cheq ini dengan berlagak tenang, setenang ikan dikali..hehe..

okla, banyak2 menconteng pon banyak benda tak berfaedahja cheq mengarot..in sha allah nanti ada masa cheq hupdate lagi ya..

sekian dari anak kampung..ASSALAMUALAIKUM