Wednesday 10 July 2013

Kelebihan Bersahur

Assalamualaikum dan salam ramadhan..

angpa dah sahur ka??
x terbangun sahur???
terlajak tidor n sedar2 dah subuh???
malas nak bangun sebab xda makanan nak makan??/

bagusla kalau angpa suma dah sahur..
awat lak x terbangun sahur ni?? tido lambatka??
terlajak tidor sebab letihka??
awat lak malas nak bangun sebab xda makanan, sahur ja dengan air x pon kurma..

ni cheq nak habaq mai, angpa jgnla segan2 nak sahur..sebab sahur ni banyak kelebihannya..ni cheq senaraikan kelebihan bersahur, supaya angpa lebih bermotivasi untuk bangun sahur ya tuan2 dan puan2..
  1. Dari Anas radhi'Allahu' anhu bahawa Rasululullah s.a.w bersabda' Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.
  2. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Hendaklah kamu Bersahur kamu kerana ia adalah makanan yang berkat
  3. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Kelebihan puasa kami dan puasa ahli kitab adalah dengan adanya makan sahur.
  4. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tudir sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail – hadis dari Ibnu Abbas
  5. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: sesungguhnya Allah dan para malaikat mengirim rahmat kepada mereka yang bersahur.
  6. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur – hadis dari Ibnu Umar
  7. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur
  8. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walau pun dengan meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur.
Bukan susah pon nak bangun sahur, just bangun awal sebelum kebiasaannya..tanamkan niat di hati sebelum tidor untuk bangun bersahur, in sha allah angpa dapat bangun sahur..cheq harap dengan info yang cheq bagi ni, angpa lebih semangat untuk bangun sahur..selamat beribadat

Assalamualaikum

7 comments:

  1. mama sahur makan nasi dengan ikan jer.. hihi
    apapun, nice sharing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, saya arini sahur mkn murtabak

      Delete
  2. alhamdulillah nice sharing and info yer

    ReplyDelete
  3. liya sahur makan mee je.. jadi lah aslkn sahur kn..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..saya setakat ni x pernah sahor mkn nasi lg..arini sahur mkn kurma n biskut..alhamdulillah

      Delete